Assalamualaikum wbt .......
Hari ini sudah 17 hari umat Islam di mana sahaja berada mengerjakan ibadah berpuasa untuk tahun ini. Bermakna juga sudah 18 hari arwah Pak Ngah pergi meninggalkan kami.
Ramadhan kini tinggal kurang 2 minggu dan Syawal pun akan menjelma tak lama lagi.
Mungkin sekarang ini ramai yang sedang sibuk dengan persiapan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
Syawal kali ini untuk kami sekeluarga pastinya tidak akan sama lagi seperti tahun2 sebelum ini. Tentunya kehilangan arwah Pak Ngah amat2 dirasai terutama oleh Atok Ody dan Nek Gayah, anak2 saudara yang paling rapat dengan arwah, Uncle J best friend arwah, malah kami adik beradik semua.
Mummy saat ini sangat merindui arwah yang sentiasa membantu kami bila2 masa sahaja dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan apa2 pun ....... tetapi demi kasih nya pada kami terutama anak saudara yang paling rapat dengan nya "u".
Sewaktu menulis entry ini pun air mata dah mula deras mengalir di pipi Mummy tanpa boleh di tahan2 lagi ................. Mummy merindui adik yang seorang ini, sangat2 rindu lalu Mummy abadikan kenangan itu di sini.
Inilah kenangan terakhir kami pada 1 Syawal 2013 bersama2 arwah yang akan kekal terpahat di ingatan ......... satu2 nya gamabar yang ada bersama arwah pada Syawal yang lepas.
Kami sekeluarga menyambut Syawal 2013 di kampung halaman Nenek Gayah selepas puluhan tahun tidak beraya di sana pada 1 Syawal. Biasa nya kami cuma pulang ke kampung selepas 3 Syawal. Yang pulang pun cuma Mummy anak beranak, Achu and arwah, orang2 bujang sahaja.
Yang lain2 sekeluarga beraya dengan keluarga mertua masing2 dan hanya pulang selepas 2 dan 3 Syawal. Tahun 2013 adalah giliran mereka bersama mertua masing2.
Arwah lah yang paling teruja sekali setiap kali pulang ke kampung di Kemaman. Kemaman sentiasa dekat di hati arwah ......... sehingga kini tiada siapa yang tahu apa istimewa nya buat arwah.
Apa yang pasti tahun ini kami mungkin tidak akan pulang ber Raya di kampung kerana kenangan itu pasti sukar buat Nenek Gayah dan Atok Ody.
Arwah yang masih bujang memang tidak pernah tinggal berasingan, malah sentiasa ada bersama Atok dan Nenek sepanjang hayatnya. Kemana sahaja Atok dan Nenek hendak pergi maka arwah lah yang menjadi driver mereka, samada ke hospital, menziarah saudara mara dan juga pulang ke kampung di Kemaman atau pun Sg Petani.
Kesedihan sudah tentu dan pasti terasa di pagi Raya nanti, tetapi Mummy tahu mereka berdua sudah pun redha dengan pemergian arwah yang sememang nya uzur akhir2 ini.
Allah SWT maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2 nya ......... Allah mahu arwah berehat dengan tenang daripada menanggung kesakitan dan menderita lebih lama lagi, Allahu Akbar !!!
Mummy, Bro "z" dan "u" di Kampung Mak Chili ......... handsome young men bertambah tampan bila berbaju Melayu lengkap bersamping dan songkok.
Kenangan ber Hari Raya di kampung setahun yang lalu !!!!!!
Kemeriahan malam Raya di kampung Mak Chili, Kemaman ...........
Atok Ody di bantu cucu cucu menghidupkan pelita di malam Raya ......
Kueh mueh yang Nenek bawa dari Taman Selayang ...........
Juadah istimewa Nenek di pagi Syawal ..........
Kekanda " z " dan Adinda " u" di Singgahsana Tok Long
Sekian dulu buat kali ini, tak mampu nak teruskan lagi ..............
Asyik terkenang kenang, we love you Pak Ngah !!!
Muga Pak Ngah tenang dan aman di sana.
Al Fatihah buat Pak Ngah.