Tuesday, 22 May 2012

Ahlan Wasahlan Rejab .......


As'salamualaikum kepada Muslimin and Muslimat semua ......

Alhamdulillah bulan Rejab datang lagi dan kita berkesempatan bertemu lagi dengan nya !!!!
Hari ini bersempena 1 Rejab, marilah kita sama2 berpuasa sunat dan memperbanyakkan solat2 sunat, doa, zikir dan beristighfar memohon keampunan di bulan Allah SWT ini.

Seperti mana sabda Rasulallah, Nabi Mohamad SAW bahawa bulan Rejab adalah antara bulan2 yang sungguh istimewa untuk umat Islam sehinggakan di haramkan berperang pada bulan ini.
Baginda juga pernah berfirman : Rejab adalah bulan Allah SWT, Sya'ban adalah bulan Ku dan Ramadhan adalan bulan untuk umat Ku.  

Jadi masih belum terlambat untuk kita sama2 berdoa agar dapat juga di pertemukan dengan Sya'ban dan Ramadhan pada tahun ini ..... Insya'allah !!!

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
( Allah humma baarik lana fii rojabin wa sya'baana wa ballighnaa romadhhoona )

Doanya bermaksud :

Ya Allah Ya tuhan kami, berkatilah kami di dalam bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan

SELAMAT BERAMAL


No comments:

Post a Comment