Wednesday 16 July 2014

Syawal 2013/1434H Dalam Kenangan ........



Assalamualaikum wbt .......

Hari ini sudah 17 hari umat Islam di mana sahaja berada mengerjakan ibadah berpuasa untuk tahun ini. Bermakna juga sudah 18 hari arwah Pak Ngah pergi meninggalkan kami.
Ramadhan kini tinggal kurang 2 minggu dan Syawal pun akan menjelma tak lama lagi.
Mungkin sekarang ini ramai yang sedang sibuk dengan persiapan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Syawal kali ini untuk kami sekeluarga pastinya tidak akan sama lagi seperti tahun2 sebelum ini. Tentunya kehilangan arwah Pak Ngah amat2 dirasai terutama oleh Atok Ody dan Nek Gayah, anak2 saudara yang paling rapat dengan arwah, Uncle J best friend arwah, malah kami adik beradik semua.
Mummy saat ini sangat merindui arwah yang sentiasa membantu kami bila2 masa sahaja dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan apa2 pun ....... tetapi demi kasih nya pada kami terutama anak saudara yang paling rapat dengan nya "u". 

Sewaktu menulis entry ini pun air mata dah mula deras mengalir di pipi Mummy tanpa boleh di tahan2 lagi ................. Mummy merindui adik yang seorang ini, sangat2 rindu lalu Mummy abadikan kenangan itu di sini.


Inilah kenangan terakhir kami pada 1 Syawal 2013 bersama2 arwah yang akan kekal terpahat di ingatan ......... satu2 nya gamabar yang ada bersama arwah pada Syawal yang lepas. 


   

Kami sekeluarga menyambut Syawal 2013 di kampung halaman Nenek Gayah selepas puluhan tahun tidak beraya di sana pada 1 Syawal. Biasa nya kami cuma pulang ke kampung selepas 3 Syawal. Yang pulang pun cuma Mummy anak beranak, Achu and arwah, orang2 bujang sahaja.
Yang lain2 sekeluarga beraya dengan keluarga mertua masing2 dan hanya pulang selepas 2 dan 3 Syawal. Tahun 2013 adalah giliran mereka bersama mertua masing2.

Arwah lah yang paling teruja sekali setiap kali pulang ke kampung di Kemaman. Kemaman sentiasa dekat di hati arwah ......... sehingga kini tiada siapa yang tahu apa istimewa nya buat arwah.
Apa yang pasti tahun ini kami mungkin tidak akan pulang ber Raya di kampung kerana kenangan itu pasti sukar buat Nenek Gayah dan Atok Ody. 




Arwah yang masih bujang memang tidak pernah tinggal berasingan, malah sentiasa ada bersama Atok dan Nenek sepanjang hayatnya. Kemana sahaja Atok dan Nenek hendak pergi maka arwah lah yang menjadi driver mereka, samada ke hospital, menziarah saudara mara dan juga pulang ke kampung di Kemaman atau pun Sg Petani.
Kesedihan sudah tentu dan pasti terasa di pagi Raya nanti, tetapi Mummy tahu mereka berdua sudah pun redha dengan pemergian arwah yang sememang nya uzur akhir2 ini.
Allah SWT maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2 nya ......... Allah mahu arwah berehat dengan tenang daripada menanggung kesakitan dan menderita lebih lama lagi, Allahu Akbar !!!



   
 Mummy, Bro "z" dan "u" di Kampung Mak Chili ......... handsome young men bertambah tampan bila berbaju Melayu lengkap bersamping dan songkok.   


Kenangan ber Hari Raya di kampung setahun yang lalu !!!!!!
                        



Kemeriahan malam Raya di kampung Mak Chili, Kemaman ........... 
  



              Atok Ody di bantu cucu cucu menghidupkan pelita di malam Raya ......



                                   Kueh mueh yang Nenek bawa dari Taman Selayang ...........




                                           Juadah istimewa Nenek di pagi Syawal ..........



                          Kekanda " z " dan Adinda " u" di Singgahsana Tok Long


Sekian dulu buat kali ini, tak mampu nak teruskan lagi ..............
Asyik terkenang kenang, we love you Pak Ngah !!!
Muga Pak Ngah tenang dan aman di sana.
Al Fatihah buat Pak Ngah.





Friday 11 July 2014

Al Fatihah .......



Assalamualaikum ........

Perancangan Mummy sempena Ramadhan tahun ini nak kemaskini dan update journal yg sudah lama bersawang kerana kesibukan seharian. 
Tetapi perancangan Allah SWT telah mengatasi segala perancangan kita manusia biasa.
Sehari sebelum Ramadhan Pak Ngah, anak kedua dalam family pergi meninggalkan kami buat selama lama-nya ......... Inna Lillahi Wainna Lilahhi Raji Un !

Beberapa hari sebelum itu, kami adik beradik, Atok Ody, Nek Gayah dan anak2 saudara berkampung di wad ICU Hospital Selayang menemani arwah di saat2 kritikal nya.
Siang ke malam ke sama sahaja bagi kami, tak kira masa membaca surah Yassin dan menuggu di luar wad ICU menanti berita baik tentang ahli keluarga yang kami kasihi.

Allah SWT lebih mengasihi Pak Ngah. Selepas 2 hari tidak sedarkan diri, akhirnya dia pergi meninggalkan kami pada pukul 4.00 pagi 27 June 2014 dengan begitu mudah sekali. 
Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya ini, maka kami redha kalau itu sudah ketentuanya. Sedih tetap sedih, tak mampu nak menahan air mata daripada mengalir. Jenazah nya tersenyum dan begitu tenang sekali, sedangkan sebelum ini jelas kelihatan di wajah Pak Ngah menanggung kesakitan. Mungkin arwah memang gembira dan sudah bersedia untuk bertemu dengan pencipta Nya ....... Masya Allah ! 

Ramadhan kali ini pastinya tidak akan sama seperti Ramadhan2 sebelum ini dengan ketiadaan arwah Pak Ngah. Sebelum ini arwah lah yang paling sibuk sebelum dan selepas berbuka menggalas tugas sebagai penyelia meja makan. Semua itu kini hanya tinggal kenangan bagi kami.

Semuga arwah tenang berehat di sana ....... Amin Ya Rabbal Alamin !!!  



Tuesday 24 June 2014

Am still Around .......



Bismillahirahmanirahim .......
Ku mulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang
The above topic bermaksud "Aku Masih Di Sini" ........ Yesssss I am still around but my blogs has  been non active since April last year. Sekejap nyer dah more than a year !!!

So many things happened in the last one year. Too many ..... Busy with work at a new department.
Adjusting to new environment ....... new bosses and staffs sampai sedar2 dah lebih setahun tak ber blogging rupanya.

Semangat nak mula balik tu ada tapi tak taulah boleh bertahan ke tidak .......
Hopefully will keep on updating for the sake of my two lovely boys ( boys lagi ke ....... errr young man is more accurate ) I started this journal for them, have to keep moving for them too.
Kalau Mummy dah tak ada lagi di dunia ini, sekurang2 nya they can still read the memories that Mummy has written down all these years.

Insya'allah just wait and see for the next episode  !!!