Friday 11 July 2014

Al Fatihah .......



Assalamualaikum ........

Perancangan Mummy sempena Ramadhan tahun ini nak kemaskini dan update journal yg sudah lama bersawang kerana kesibukan seharian. 
Tetapi perancangan Allah SWT telah mengatasi segala perancangan kita manusia biasa.
Sehari sebelum Ramadhan Pak Ngah, anak kedua dalam family pergi meninggalkan kami buat selama lama-nya ......... Inna Lillahi Wainna Lilahhi Raji Un !

Beberapa hari sebelum itu, kami adik beradik, Atok Ody, Nek Gayah dan anak2 saudara berkampung di wad ICU Hospital Selayang menemani arwah di saat2 kritikal nya.
Siang ke malam ke sama sahaja bagi kami, tak kira masa membaca surah Yassin dan menuggu di luar wad ICU menanti berita baik tentang ahli keluarga yang kami kasihi.

Allah SWT lebih mengasihi Pak Ngah. Selepas 2 hari tidak sedarkan diri, akhirnya dia pergi meninggalkan kami pada pukul 4.00 pagi 27 June 2014 dengan begitu mudah sekali. 
Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya ini, maka kami redha kalau itu sudah ketentuanya. Sedih tetap sedih, tak mampu nak menahan air mata daripada mengalir. Jenazah nya tersenyum dan begitu tenang sekali, sedangkan sebelum ini jelas kelihatan di wajah Pak Ngah menanggung kesakitan. Mungkin arwah memang gembira dan sudah bersedia untuk bertemu dengan pencipta Nya ....... Masya Allah ! 

Ramadhan kali ini pastinya tidak akan sama seperti Ramadhan2 sebelum ini dengan ketiadaan arwah Pak Ngah. Sebelum ini arwah lah yang paling sibuk sebelum dan selepas berbuka menggalas tugas sebagai penyelia meja makan. Semua itu kini hanya tinggal kenangan bagi kami.

Semuga arwah tenang berehat di sana ....... Amin Ya Rabbal Alamin !!!  



No comments:

Post a Comment